Pujian aku kepada siri 555:
* Rider sistem masih menjadi asas kepada jalan cerita. Di dalam 555 ianya dipanggil Rider Gear.
* Kostum Rider yang cantik, jalur energi photon akan menyala pada waktu malam.
* Kostum Orphenoch yang simple tetapi penuh ukiran.
* Motif utama Smart Brain adalah menukarkan manusia kepada Orphenoch (konsep asal cerita Rider)
* Rider Gear merupakan produk pihak jahat (Smart Brain)
* Motor Faiz Autovajin - cun.
* Motor Delta Jet Sliger - terlalu futuristik.. (Faiz pun ada gak)
* Motor Kaixa Side Basher - ok la..
* Gaya Rider Kick ketiga-tiganya memang cun + gempak.
* Penuh dengan gadjet tambahan kecuali Delta.
* Konsep teknologi untuk menghasilkan Rider Gear tidak lagi dipengaruhi oleh elemen misteri dan supernatural.
* Walaupun Rider Belt boleh pindah milik, cuma mereka yang memiliki DNA Orphenoch sahaja yg boleh henshin, itu pun tak semua, contohnya Mari.
* Jalan cerita tidak terlalu memeningkan kepala.
* Nama RIDER masih digunakan.
Kritikan aku kepada siri 555:
* Tiada unsur serangga pada rupa Rider . Walaupun muka Faiz agak mirip dengan Orphenoch King, tetapi secara keseluruhan, tiada unsur serangga.
* Rider Belt boleh bertukar hak milik.
* Watak utama tidak dominan. Dalam episod awal2 dapat lihat Takumi masih 'blur2'.
* Gaya henshin yang tidak menarik.
* Jalan cerita yang lembab.
* Awal2 penampilan Delta digambarkan sebagai Rider yg terkuat, tetapi setelah digunakan oleh Mihara, ianya nampak lembik. Hampeh !!
* Ending yg hampeh juga kerana sekejap sangat pertarungan dengan Orphenoch King.
Kesimpulan:
4 Bintang - Jangan marah he..
Review oleh Luthfikir